08 January, 2015

Rezeki

Alhamdulillah, lepas balik dari sana, satu per satu rezeki datang.
Abg dpt kerja baru , Abah terbuka hati nk terima offer yang dah sekian lama exboss dia panggil, (finally).. 

dan yang terbaru,, aku dapat offer kerja hari ni! rasa nk jerit lompat2! dua pulak tu yang panggil. hati lagi berat nk pilih yang dekat dengan rumah. dah la dekat, siap sediakan hostel pulak. aiiiish,, ni yang best ni. 

Adik aku lagi dasyat. mama dgn abah doakan utk pelajaran.. hari ke 3 kat mekah juga,, dpt tau dia best student. 

Kuasa Tuhan, doa kat sana betul2 makbul. Setiap hari rasa tenang n bahagia sejak balik sini. Dia tak pernah kecewa kan aku. InsyaAllah nk berjaya dunia akhirat. 

Untuk satu hal yang aku harapkan,, aku tau Dia dah rancang yang terbaik. Aku persiapkan diri untuk yang akan datang supaya jadi yang terbaik untuk yang terbaik.  =P 

03 January, 2015

ibadah Umrah

Penutup tahun 2014
ada kesempatan jadi tetamu ditanah suci.

jom aku kongsi cerita sikit. Mana la tau ada yang ''mampu'' tpi tengah berpikir tak tau nk kemana.
Baca ni, tiba2 terbuka pula hati tu kan? insyaAllah..

Jangan la set kat fikiran tu yang kita tak mungkin mampu nk kesana. klau betul2 usaha, mesti ada jalan sbb Dia tahu hati ikhlas kita. Ingat,, siapa yang datang ke mekah (haji/umrah) akan ditarik keFAKIRan oleh Nya.


Tak terkata bila kaabah ada depan mata. Kaabah ada keajaiban sendiri. Entah kenapa,, cukup sekadar pandang kaabah, air mata boleh jatuh. Bayang sendiri la apatah lagi bila kita solat depan kaabah ni. 
Gamba ni masa aku dah hari ke 5.. mula2 datang tak ramai mcam ni, nak sentuh kaabah pun senang je, lengang, orang betul2 tak ramai. Kalau tak silap hari Khamis, Jumaat & Sabtu yang ramai. orang kat sana cuti. 
Seronok pergi usia muda sbb tenaga masih kuat. Nak cium hajarulaswad, pun ada peluang.


Masjid nabawi.. Kubah hijau tu tanda makam Rasulullah.. Biasa la kita manusia tak sempurna. Mana cukup sekadar cerita. Dari kecik dengar cerita je pasal nabi.. Bila dapat jejak sendiri tempat2 sejarah nabi, sebak hati. Hari ni maulidurasul, gamba ni pengubat rindu.


Bukit Jabal Rahmah. Dimana pertemuan Adam dan Hawa. Antara tempat doa makbul, InsyaAllah.

Hadapan Masjidilharam

Cari la kelebihan solat dalam Masjidilharam, confirm korang tak sabar nk pergi. Tambah pula ada banyak tempat doa makbul. Doa yang terus sampai... 
Sangat2 berharap nk jejak kan kaki lagi kat mekah & madinah ni. 

Sekadar kongsi cerita.