13 November, 2018

Setahun perkahwinan

Alhamdulillah esok hri lahir aku yang ke 25, dan lagi seminggu genap setahun berumah tangga. 

Insyaallah cadangnya awal tahun nnt masuk rumah sendiri. Skarang masih dirumah keluarga.

Excited aku shopping online barang rumah. Yelah, org baru nk merasa ade rumah sendiri. Tambah2 selama ni tgok kwn2 hias2 rumah, masak2 , kita jeles je nengok nya. ๐Ÿคญ  

Setahun perkahwinan ni adalah jangka masa berehat. Ak tak rush mnta husbd rmh sendiri sbb ak tak nak bagi tekanan pada dia dri segi kewangan. Aku nak dia betul2 sedia. 

Semua pun tahu sesebuah hubungan yang tak bahagia salah stu puncanya duit. Jadi, ak nak dia biasakan diri dgn tanggungjawab barunya. Makan pakai aku, sakit demam aku dlu. 

Ape pun , sepanjang setahun bersama, Alhamdulillah. Semoga kekal hingga ke syuga bahagia ni, insyaallah. 


25 December, 2016

Hilangkan jerawat anda!

Hilangkan jerawat, hidup kembali ceria! *sriustalk๐Ÿ˜‚
Dri zaman skolah ak tak pernah ade mslh jerawat. Tapi,

Once upon a time.. ๐Ÿ˜’ ni crite satu tahun 4bulan yang lepas. Luka boleh sembuh. Tpi ingat, parut tetap ade. (Parut dalam)



Xyah ckp tekanan mcm mne tengok muka smpai jd mcm tu. Ye mmg disebabkan tekanan. Masalah , beban yang ak penah rasa terpaksa tanggung. Yang tau, tau lah ape bende yang jd. Kang crite sini pkir ak x move on plk. Ptut la org slalu tnye stress ke klu muka kita ade jerawat. Masa ni ak down sgt2. 3-4 bulan rasanya kurang kluar rumah. Disebabkan ni lah , ak phm sgt prasaan org y ade mslh kulit muka. Klu ade yang nk tau ak pakai ape nk pulihkan balik muka, ak pakai Alissa, dan segala jenis bedak sejuk ๐Ÿ˜‚๐Ÿ‘ petua paaaaaling mujarab,, kena HAPPY. Slagi sedih2, stress,, lgi lmbat nk sembuh. Motif sbenar, nk share produk je sbb ak nk tolong org y ade mslh muka.. Klu bgtau depan2 takut ade y kecik hati.. Ni X jual pun, bukan nk buat bisnes.. Gi la cri sendiri. *sengaja ak blurr kan gunung2 berapi tu sbb x sanggup nk tgok. Huhuk!
#kongsi

27 October, 2016

Teka di mana kami

Terasa sejuk kabus makin tebal. Tinggi ak pergi. Beku habis hidung. Ad bersarung tangan. Ak dua lapis baju. Empat lelaki dua perempuan. Sepasang dah pulang. Motif pusing tawaf bangunan. Empat kali sesat. Beratus gambar berposing. Cari makanan segera. Cuaca gelap baru turun. Pulang.

07 April, 2016

tenang mcm biasa

syukur sgt dgn kehidupan skarang.. x la hebat mana tapi sempurna dgn sderhana yang ada.

masih merangkak dlm bekerja, masih buta dgn cinta , masih boleh redha dgn ketentuan, masih terasa nikmat, masih tersenyum dgn adanya kelurga.
tak ramai yang tahu crita sbenar kisah aku. tak tau la apa penerimaan org.mst akn ckp aku ni x fikir panjng. bagi aku, cinta dah mati. ataupun cinta sbnanye x wujud.




09 October, 2015

BUKAN TUNANG ORANG

Allah pisahkan. mesti ada sebab.. mesti ada hikmah.

Kenal 3 tahun, Bertunang sebulan je. ( xcukup sebulan pun sebenarnya ). awak pernah pergi sbelum ni. apa lah sangat ditikam kali kedua. Cuma nk ckp, ni balasan y sy dpt bila bg pluang kedua kt awk.

awak, ni first and last luahan hati sy. sy tuls dkt sni sbb smua cara utk cntact sy, sy dah sekat awak. sama mcm mana awak sekat a.k.a block sy mase sy ''hilang arah'' mencari awk dlu.
sy rasa bnyak sgt y sy dah bkorban untuk awk. awk pun tahu.. susah , penat, letih.. awk lupa, awak x nk ingat. ada masa sy tergelak tringat mcm mane mudahnya awk tinggalkan sy. macam smpah.. kdg2 tengok smpah kt rumah, tringt nasib sy. mcm tak ada beza dgn smpah tu. haha !
satu je sy nk minta tlg *permintaan terakhir kot. tlg jgn cri sy. mmg bunyi mcm merepek smua org ckp awk xkn brani muncul dah tapi sy kenal awk. bukan tak pernah jadi. erm,, sory terserius plak bunyinya. huhuu...

its okay wak. sy x dendam pun. sbb sy tau jodoh sy coming soon is very perfect guy.

deal, untuk kita sama2 kejar happy life masing2. so, thats it. slamat maju jaya!  aigos.

08 January, 2015

Rezeki

Alhamdulillah, lepas balik dari sana, satu per satu rezeki datang.
Abg dpt kerja baru , Abah terbuka hati nk terima offer yang dah sekian lama exboss dia panggil, (finally).. 

dan yang terbaru,, aku dapat offer kerja hari ni! rasa nk jerit lompat2! dua pulak tu yang panggil. hati lagi berat nk pilih yang dekat dengan rumah. dah la dekat, siap sediakan hostel pulak. aiiiish,, ni yang best ni. 

Adik aku lagi dasyat. mama dgn abah doakan utk pelajaran.. hari ke 3 kat mekah juga,, dpt tau dia best student. 

Kuasa Tuhan, doa kat sana betul2 makbul. Setiap hari rasa tenang n bahagia sejak balik sini. Dia tak pernah kecewa kan aku. InsyaAllah nk berjaya dunia akhirat. 

Untuk satu hal yang aku harapkan,, aku tau Dia dah rancang yang terbaik. Aku persiapkan diri untuk yang akan datang supaya jadi yang terbaik untuk yang terbaik.  =P 

03 January, 2015

ibadah Umrah

Penutup tahun 2014
ada kesempatan jadi tetamu ditanah suci.

jom aku kongsi cerita sikit. Mana la tau ada yang ''mampu'' tpi tengah berpikir tak tau nk kemana.
Baca ni, tiba2 terbuka pula hati tu kan? insyaAllah..

Jangan la set kat fikiran tu yang kita tak mungkin mampu nk kesana. klau betul2 usaha, mesti ada jalan sbb Dia tahu hati ikhlas kita. Ingat,, siapa yang datang ke mekah (haji/umrah) akan ditarik keFAKIRan oleh Nya.


Tak terkata bila kaabah ada depan mata. Kaabah ada keajaiban sendiri. Entah kenapa,, cukup sekadar pandang kaabah, air mata boleh jatuh. Bayang sendiri la apatah lagi bila kita solat depan kaabah ni. 
Gamba ni masa aku dah hari ke 5.. mula2 datang tak ramai mcam ni, nak sentuh kaabah pun senang je, lengang, orang betul2 tak ramai. Kalau tak silap hari Khamis, Jumaat & Sabtu yang ramai. orang kat sana cuti. 
Seronok pergi usia muda sbb tenaga masih kuat. Nak cium hajarulaswad, pun ada peluang.


Masjid nabawi.. Kubah hijau tu tanda makam Rasulullah.. Biasa la kita manusia tak sempurna. Mana cukup sekadar cerita. Dari kecik dengar cerita je pasal nabi.. Bila dapat jejak sendiri tempat2 sejarah nabi, sebak hati. Hari ni maulidurasul, gamba ni pengubat rindu.


Bukit Jabal Rahmah. Dimana pertemuan Adam dan Hawa. Antara tempat doa makbul, InsyaAllah.

Hadapan Masjidilharam

Cari la kelebihan solat dalam Masjidilharam, confirm korang tak sabar nk pergi. Tambah pula ada banyak tempat doa makbul. Doa yang terus sampai... 
Sangat2 berharap nk jejak kan kaki lagi kat mekah & madinah ni. 

Sekadar kongsi cerita.