03 January, 2015

ibadah Umrah

Penutup tahun 2014
ada kesempatan jadi tetamu ditanah suci.

jom aku kongsi cerita sikit. Mana la tau ada yang ''mampu'' tpi tengah berpikir tak tau nk kemana.
Baca ni, tiba2 terbuka pula hati tu kan? insyaAllah..

Jangan la set kat fikiran tu yang kita tak mungkin mampu nk kesana. klau betul2 usaha, mesti ada jalan sbb Dia tahu hati ikhlas kita. Ingat,, siapa yang datang ke mekah (haji/umrah) akan ditarik keFAKIRan oleh Nya.


Tak terkata bila kaabah ada depan mata. Kaabah ada keajaiban sendiri. Entah kenapa,, cukup sekadar pandang kaabah, air mata boleh jatuh. Bayang sendiri la apatah lagi bila kita solat depan kaabah ni. 
Gamba ni masa aku dah hari ke 5.. mula2 datang tak ramai mcam ni, nak sentuh kaabah pun senang je, lengang, orang betul2 tak ramai. Kalau tak silap hari Khamis, Jumaat & Sabtu yang ramai. orang kat sana cuti. 
Seronok pergi usia muda sbb tenaga masih kuat. Nak cium hajarulaswad, pun ada peluang.


Masjid nabawi.. Kubah hijau tu tanda makam Rasulullah.. Biasa la kita manusia tak sempurna. Mana cukup sekadar cerita. Dari kecik dengar cerita je pasal nabi.. Bila dapat jejak sendiri tempat2 sejarah nabi, sebak hati. Hari ni maulidurasul, gamba ni pengubat rindu.


Bukit Jabal Rahmah. Dimana pertemuan Adam dan Hawa. Antara tempat doa makbul, InsyaAllah.

Hadapan Masjidilharam

Cari la kelebihan solat dalam Masjidilharam, confirm korang tak sabar nk pergi. Tambah pula ada banyak tempat doa makbul. Doa yang terus sampai... 
Sangat2 berharap nk jejak kan kaki lagi kat mekah & madinah ni. 

Sekadar kongsi cerita.

No comments:

Post a Comment

happy.